Terima Kasih Kerana Sudi Melihat Blog ini. Sila Klik Gambar di atas..

KENALI BELIAU

Muhammad Zailani Bin Somingan mempunyai Ijazah Pendidikan di dalam Pentadbiran Pendidikan. Beliau telah mula berkhidmat di dalam profesyen pendidikan sejak tahun 1997. Mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sg Petani didalam bidang pengajian Sains dan Matematik.

Mengajar Mata Pelajaran Matematik di Sekolah Kebangsaan Parit Baharu sejak 1 Ogos 1997 hingga kini. Berpengalaman mengajar murid tahun 4, 5 dan 6 lebih 15 tahun di dalam dunia pendidikan.

Pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2008 dan mempunyai pengalaman luas di dalam pengajaran Matematik dan sains sekolah rendah terutamanya di dalam UPSR. Antara Kajian Tindakan dan Inovasi yang telah diperkenalkan olehnya ialah:
1. GARPU ( Garis Penukaran Unit )
2. TAMBANG (Tambah-tambah bagi memudahkan Bahagi )

Sering memberikan jemputan sebagai ceramah motivasi dan pendedahan teknik menjawab UPSR serta berpengalaman luas di dalam UPSR Matematik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...