Terima Kasih Kerana Sudi Melihat Blog ini. Sila Klik Gambar di atas..

Monday 19 November 2012

TAHNIAH buat semua muridku yang SCORE 5A

Tahniah kepada semua anak-anak didik saya yang mendapat keputusan CEMERLANG dengan 5A didalam UPSR yang lalu. Semoga kecemerlangan ini dapat diterusakan sehingga ke Sekolah Menengah
dan kepada yang kurang berjaya. JANGAN BERSEDIH.... Ini baru permulaan. Dihadapan anda masih banyak lagi peluang yang boleh dimanfaatkan. Ingat tuntutlah ILMU sebanyak2 nya. Kerana hanya dengan PENDIDIKAN sahaja yang mampu mengubah kita. Tahniah semua dan selamat berjaya

Monday 1 October 2012

Mengenalpasti BUCU, SISI dan PERMUKAAN RATA

Assalamualaikum.... Rakan-rakan pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Kali ini saya nak kongsi cerita tentang pengajaran kali ini...

 Isi pengajarannya ialah Bilangan SISI?  Bilangan Bucu? Dan Permukaan Rata...
 KUBUS...
dan Piramid...
Alamak... Bukan kelas masak memasak le. Ini kelas matematik cikgu Zailani. Topik pengajaran Bentuk untuk Tahun 3. Alatan yang diperlukan ialah LOBAK, LIDI dan alat pemotong
LIDI ini kita jadikan ia sebagai sisi. Manakala LOBAK itu kita jadikan ia sebagai BUCU. Murid akan lebih mudah untuk memahami. Percaya lah.... Minta murid kenal pasti bilangannya untuk memudahkan membina. Siapa kata murid tahun 3 tak boleh buat? 
Ini lah kelas tahun 3 Bestari di sekolah saya. Bila diberi peluang memang murid-murid ini sangat KREATIF dan seronok dengan pengajaran yang melibatkan praktikal. Bimbingan dan perangsang kepada murid amat perlu. 

Thursday 27 September 2012

Latihan Topikal 1

Bertemu lagi kali ini...  Minggu ni Cikgu Zailani akan membuat ujian pengesanan untuk menilai dan melihat prestasi murid tahun 3 berdasarkan TOPIK pengajaran. Kalau belum menguasai senang la kita buat pemulihan secara tersusun dan secara kendiri
 Ujian ini ada 30 soalan sahaja. Kalau murid mencapai markah 28/30 tu kira dah mencapai prestasi sangat baik dan menguasai dengan baik.
Jadi boleh share kepada sesiapa yang nak gunakan bahan ini untuk latihan pengayaan atau latihan pengesanan. OK semoga berjaya eii... BYE

Sunday 9 September 2012

Penukaran Cm ke mm

Assalamualaikum...
Contoh penukaran dari unit cm kepada mm
Latihan.

a.  135 cm = _____________ mm
b. 354 cm = ______________mm

OK selamat mencuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...