Assalamualaikum.... Rakan-rakan pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Kali ini saya nak kongsi cerita tentang pengajaran kali ini...
KUBUS...
dan Piramid...
Alamak... Bukan kelas masak memasak le. Ini kelas matematik cikgu Zailani. Topik pengajaran Bentuk untuk Tahun 3. Alatan yang diperlukan ialah LOBAK, LIDI dan alat pemotong
LIDI ini kita jadikan ia sebagai sisi. Manakala LOBAK itu kita jadikan ia sebagai BUCU. Murid akan lebih mudah untuk memahami. Percaya lah.... Minta murid kenal pasti bilangannya untuk memudahkan membina. Siapa kata murid tahun 3 tak boleh buat?
Ini lah kelas tahun 3 Bestari di sekolah saya. Bila diberi peluang memang murid-murid ini sangat KREATIF dan seronok dengan pengajaran yang melibatkan praktikal. Bimbingan dan perangsang kepada murid amat perlu.
Bermacam-macam cara, idea dan karenah dapat disaksikan sepanjang pengajaran ini.Berhati-hati dan bersungguh-sungguh amat penting dalam pembelajaran. Walaupun baru 9 tahun tetapi sebenarnya mereka ini sangat kreatif.
Ini hasilnya? Kuboid. ada 8 BUCU dan 12 SISI
Setelah siap. Kita jemur ditengah panas. Supaya LOBAk itu jadi keras dan boleh kuat.
OK... Idea ini boleh kita kongsi. Kepada para guru-guru sekalian. Kita boleh share dan perbaiki jika perlu. Sampai disini saja. Terima kasih kerana sudi baca. Bye...
Menarik tak?
ReplyDeleteBoleh dicuba lagi diwaktu akan datang
Share ye... Menarik sangat le
ReplyDeletehebat la budak2 tu buat XD
ReplyDelete