Terima Kasih Kerana Sudi Melihat Blog ini. Sila Klik Gambar di atas..
Showing posts with label Sekolah Kebangsaan. Show all posts
Showing posts with label Sekolah Kebangsaan. Show all posts

Monday, 19 November 2012

TAHNIAH buat semua muridku yang SCORE 5A

Tahniah kepada semua anak-anak didik saya yang mendapat keputusan CEMERLANG dengan 5A didalam UPSR yang lalu. Semoga kecemerlangan ini dapat diterusakan sehingga ke Sekolah Menengah
dan kepada yang kurang berjaya. JANGAN BERSEDIH.... Ini baru permulaan. Dihadapan anda masih banyak lagi peluang yang boleh dimanfaatkan. Ingat tuntutlah ILMU sebanyak2 nya. Kerana hanya dengan PENDIDIKAN sahaja yang mampu mengubah kita. Tahniah semua dan selamat berjaya

Monday, 1 October 2012

Mengenalpasti BUCU, SISI dan PERMUKAAN RATA

Assalamualaikum.... Rakan-rakan pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Kali ini saya nak kongsi cerita tentang pengajaran kali ini...

 Isi pengajarannya ialah Bilangan SISI?  Bilangan Bucu? Dan Permukaan Rata...
 KUBUS...
dan Piramid...
Alamak... Bukan kelas masak memasak le. Ini kelas matematik cikgu Zailani. Topik pengajaran Bentuk untuk Tahun 3. Alatan yang diperlukan ialah LOBAK, LIDI dan alat pemotong
LIDI ini kita jadikan ia sebagai sisi. Manakala LOBAK itu kita jadikan ia sebagai BUCU. Murid akan lebih mudah untuk memahami. Percaya lah.... Minta murid kenal pasti bilangannya untuk memudahkan membina. Siapa kata murid tahun 3 tak boleh buat? 
Ini lah kelas tahun 3 Bestari di sekolah saya. Bila diberi peluang memang murid-murid ini sangat KREATIF dan seronok dengan pengajaran yang melibatkan praktikal. Bimbingan dan perangsang kepada murid amat perlu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...