Terima Kasih Kerana Sudi Melihat Blog ini. Sila Klik Gambar di atas..

Wednesday 23 May 2012

..:Perancangan Isi Pelajaran:..

Pembelajaran di sekolah berbeza dengan pembelajaran dalam kehidupan kerana ia disusun secara formal. Fungsi sekolah ialah menyusun pengalaman muridmurid untuk menjamin agar pembelajaran yang dinginkan berlaku. Dalam organisasi kurikulum dan penentuan urutan, pembelajaran berterusan dan integrasi merupakan aspek yang penting. Oleh itu empat urutan berikut perlu dilaksanakan:
1. Penyampaian sesuatu bahan perlu dimulakan dari yang mudah hingga yang susah.
2. Penyampaian sesuatu bahan bergantung kepada pembelajaran yang awal. Sekiranya murid telah memperoleh kemahiran yang asas barulah diperkenalkan kepada bahan yang lebih kompleks.
3. Penyampaian bahan bermula dari yang umum kepada khusus.
4. Penyampaian bahan hendaklah berbentuk kronologi iaitu fakta serta idea mengikut urutan masa. Peristiwa yang berlaku lebih awal perlu dipelajari terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...