Terima Kasih Kerana Sudi Melihat Blog ini. Sila Klik Gambar di atas..

Friday 1 June 2012

..:Mudah Menolak:..

Assalamualaikum...
Post kali ini Cikgu Zailani nak kongsi pengalaman menghadapi situasi
seperti dibawah ni...

Masalah terjadi apabila murid tidak dapat menyelesaikan masalah TOLAK dengan tepat dan betul. Menolak nombor dengan mengumpul semula baki. Nombor kecil tidak boleh ditolak dengan nombor lebih besar. Bagi soalan nombor 20 diatas ialah



6 343
-  848
_____
Cara penyelesaiannya ialah dengan menolak dari sebelah kanan, atau dari digit SA. 3-8=? Tak boleh sebab 3 lebih kecil daripada 8. Oleh tu tak boleh ditolakkan. Itu memang betul. Minta pinjam daripada digit PULUH iaitu 4. Oleh itu 3 tambah 10= 13. 
13-8=?
13 - 8 = ? kan susah. 
Bertambah susah bila kena pada murid-murid yang sederhana. Jadi saya nak bagi TIPS.. kira guna jari tangan. Bila 13 - 8 = ( kita kira dari penolaknya. Bilang dengan jari tangan. 8 lepas tu 9(tutup jari) 10, 11, 12 dan 13... ( semua yg dikira tu mesti ditutup jari) Berapa yg tutup?. Ada 5 maka jawapannya ialah 5. Ha... Mcm tu le hingga seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...