Terima Kasih Kerana Sudi Melihat Blog ini. Sila Klik Gambar di atas..

Tuesday 5 June 2012

PENCERAPAN didalam Bilik Darjah

Di dalam bahasa Inggeris, pencerapan diistilahkan sebagai supervision. Kali ini saya nak cerita tentang topik ini sebab ini adalah bidang saya didalam ijazah pendidikan. Pencerapan juga sering dirujuk sebagai penyeliaan.Terdapat pelbagai definisi pencerapan yang diberikan sarjana pendidikan. Glickman (1990) mendefinisikan pencerapan sebagai fungsi sekolah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran melalui bantuan langsung kepada para guru, pengembangan kurikulum, perkembangan staf, pengembangan tugasan secara berkumpulan dan menerusi kajian tindakan guru. Menurut Glickman (1990, hal. 4) lagi, pencerapan ialah:

   We think supervision as a glue of successful school…(it is) the function in schools that draws together the discreets elements of instructional effectiveness into whole school action.



Berdasarkan pandangan Glickman (1990), pencerapan yang berkesan memerlukan pengetahuan, kemahiran interpersonal dan teknikal. Elemen-elemen ini akan dapat diaplikasi menerusi fungsi penyeliaan itu sendiri seperti bantuan langsung, pengembangan kurikulum, perkembangan staf, pengembangan aktiviti berkumpulan dan kajian sorotan guru (refleksi).Namun pandangan Boardman, Douglas dan Bent (1953) merupakan pandangan asas tentang konsep pencerapan. Pencerapan mengikut Boardman, Douglas dan  Bent (1953) merupakan:


...the efforts to stimulate, coordinate, and guide the continued growth of the teachers in a school, both individually and collectively, in better understanding and more effective performance of all functions of instruction so that they may be better able to stimulate and guide the continued growth of every pupil toward the richest and most intelligent participation in modern democratic society.


Pandangan di atas melihat pencerapan sebagai satu pendekatan untuk mendorong, menyelaras dan membimbing guru dalam hal pengajaran. Ini bertujuan untuk membolehkan guru melakukan semua fungsi yang berkaitan dengan pengajaran.

Pencerapan berguna sebagai satu cara untuk meningkatkan profesionalisme guru di sekolah.Peningkatan profesioanalisme ini penting kerana guru sedang berhadapan dengan tugas seharian yang mencabar (Wan Mohd Zahid, 1993) Walau bagaimanapun proses pencerapan memerlukan kerjasama semua guru kerana mereka harus menganggap proses pencerapan sebagai satu daripada tugas hakiki yang perlu dilaksanakan. Proses pencerapan di sekolah berhadapan dengan beberapa kekangan ekoran beban guru yang semakin bertambah di sekolah.Adakalanya guru di sekolah menghadapi stress atau burnout sehingga pengabaikan  tugas mereka untuk memperbaiki amalan pengajaran yang sebenarnya merupakan tugas utama yang harus diberi tumpuan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...