Terima Kasih Kerana Sudi Melihat Blog ini. Sila Klik Gambar di atas..

Saturday, 7 July 2012

Peranan Guru Yang Baik

Kali ini saya nak kongsi dengan anda tentang peranan guru yang baik.

1. Guru sebagai perancang, fasilitator dan pengurus pembelajaran.


Guru perlu merancang dan mengurus pengajaran pembelajaran yang akan diajar di dalam dan di luar bilik darjah. Di dalam bilik darjah guru perlu menyediakan rancangan tahunan, semester, mingguan dan harian bagi setiap mata pelajaran. Ia juga merancang isi pengajaran berdasarkan sukatan mata pelajaran dan meliputi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Selain daripada itu ia meranang teknik-teknik yang akan digunakan serta alat bantuan mengajar untuk menjadikan pengajarannya lebih berkesan. Di luar bilik darjah guru pula mempunyai tugas untuk menyediakan aktiviti pembelajaran bagi menyokong pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru juga merancang dan mengurus tempat untuk menjalankan aktiviti, tempoh masa aktiviti, mengawal di disiplin pelajar dan memberi arahan kepada pelajar semasa melakukan sesuatu aktiviti. Mengikut Saedah (1996) tugas guru sebagai fasilitator adalah untuk menyampaikan maklumat kepada pelajarnya. Mereka akan diberi peluang untuk meluaskan maklumat yang diperoleh, mengulang kaji maklumat serta menyampaikan maklumat yang baru. Selain daripada itu juga, guru perlu membantu pelajar untuk memperkembangkan bakat serta menggalakkan mereka tanpa mengambil kira latar belakang pelajar, minat dan bakatnya.


2. Guru sebagai penyampai ilmu pengetahuan


Sebagai penyampai ilmu pengetahuan guru hendaklah memperluaskan segala maklumat daripada kurikulum sesuatu mata pelajaran. Guru hendaklah mengajar pelajarnya cara-cara belajar dengan lebih berkesan dan
sentiasa menggalakkan mereka supaya mencari maklumat baru. Dengan cara yang demikian barulah pelajar mereka akan lebih dinamik dan akan menguasai kemahiran belajar dengan lebih berkesan.


3. Guru sebagai pengembang dan pengukuhan penguasaan kemahiran


Guru memainkan peranan untuk melatih pelajarnya menguasai sesuatu kemahiran dalam pembelajarannya. Guru hendaklah memberi dorongan kepada mereka untuk menggunakan kemahiran yang telah diperoleh dan
seterusnya menguasai kemahiran baru.

4. Guru sebagai pembentuk akhlak
Akhlak yang mulia hendaklah diserapkan kepada pelajarnya. Penerapan nilai-nilai murni dapat dilakukan dengan cara tidak langsung semasa mengajar dalam bilik darjah, dan juga semasa menjalankan aktiviti
kokurikulum. Sahsiah seseorang itu akan dapat diperbaiki melalui penerapan akhlak guru.

5. Guru sebagai pembimbing
Guru seharusnya membimbing pelajar dalam semua aspek seperti mencungkil dan memperkembangkan bakat dengan mengambil kira perbezaan dari segi kebolehan,latar belakang dan minat pelajar juga dapat memberi tunjuk ajar yang berkesan, dengan mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar dan memberi penghargaan kepada hasil kerja pelajarnya.

6. Guru sebagai model
Guru menjadi contoh ikutan khasnya untuk pelajarnya dan amnya untuk masyarakat. Seorang guru perlulah cekap dan tegas serta mempunyai keyakinan diri dalam rutin hariannya. Ia juga hendaklah menunjukkan
akhlak yang baik di dalam dan di luar darjah serta di mana sahaja ia berada. Untuk renungan dan tindakan bersama, modal penting yang perlu ada pada guru juga ialah keyakinan, kekuatan, kepercayaan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...