Assalamualaikum... Semoga para pembaca blog ini semuanya ceria pada hari ini. Saya nak kongsi satu perkara tentang FAKTA ni
Proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar. Ia melibatkan usaha mencari dan mengenal pasti salah tafsiran pelajar terhadap sesuatu yang diajarkan, mengambil tindakan untuk memastikan perubahan kefahaman dan mencipta konteks pembelajaran yang menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pelajaran yang diikuti.
Ada yang setuju dan tentu ada yang tak setuju kan?
Pertama, pengajaran adalah proses yang memerlukan guru dan pelajar bekerja bersama, bukan satu pihak sahaja. Kedua, usaha yang ditumpukan dalam kerjasama ini dijuruskan ke arah satu tujuan, iaitu membantu pelajar belajar. Apakah belajar yang dimaksudkan di sini? Menurut Ramsden (1988), belajar atau pembelajaran di sekolah seharusnya merupakan:
Satu pergerakan ke arah pembentukan insan yang berupaya menyelesaikan persoalan yang kompleks, mengiktiraf kuasa dan keelokan konsep-konsep sesuatu bidang pelajar, dan menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dalam menyelesaikan masalah di luar kelas. Ertinya pembelajaran itu berguna bagi mentafsir dunia yang kita diami ini. Pembelajaran yang sebenar dapat mengubah kefahaman seseorang mengenai sesuatu.
Ini hanyalah satu pendapat saya sebagai seorang guru yang mempunyai ijazah didalam pentadbiran pendidikan. Tak salahkan bagi pendapat?
No comments:
Post a Comment