Terima Kasih Kerana Sudi Melihat Blog ini. Sila Klik Gambar di atas..

Sunday, 10 June 2012

Asas Kaunseling


             Dalam post kali ini akan dijelaskan senario yang berlaku dalam proses kaunseling, untuk memudahkan kaunselor mendapat gambaran bagaimana memulakan kaunseling, menyediakan persekitaran serta menyatakan kemahiran asas yang mesti dikuasai pada peringkat awal kaunseling. Sebelum memulakan kaunseling, kaunselor hendaklah membuat persediaan awal tentang prosedur menyediakan tempat yang sesuai, prosedur pengambilan klien (pelajar yang bermasalah) dan memberi jaminan dan keyakinan kepada klien bahawa apa yang dipercakapkan dalam sesi kaunseling nanti akan dirahsiakan. Seterusnya, akan dinyatakan kemahiran-kemahiran yang spesifik yang menjadi asas dalam semua pendekatan kaunseling untuk menghasilkan kesan teraputik. Tiap-tiap kemahiran ini akan didefinisikan, diberi penerangan bagaimana dan bila hendak digunakan dan membuat penaksiran sejauh mana impaknya terhadap klien.

             Kaunselor membentuk kemahiran kaunseling melalui pembelajaran dan amalan. Proses pembelajaran tertumpu kepada pembelajaran yang bersifat kognitif, di mana kaunselor membaca buku-buku, mendengar kuliah, menghadiri seminar-seminar, berbincang dengan orang-orang yang berminat dengan bidang yang berkaitan dengan kaunseling dan psikologi. Kaunselor harus mengambil peluang melihat demonstrasi bagaimana pendekatan-pendekatan tertentu dalam kaunseling dilaksanakan. Kini terdapat pita-pita audio dan video yang dibuat khusus untuk melatih kaunselor.


         Kaunseling melibatkan proses berkomunikasi yang dinamik antara dua individu yang berinteraksi antara satu sama lain. Proses interaksi ini adalah usaha bersama. Kaunselor dan klien mempunyai tanggungjawab, peranan, dan perlakuan yang tertentu yang perlu dijalankan. Kaunselor bertanggungjawab menyediakan
suasana dan persekitaran yang sesuai, supaya klien bermotivasi untuk membuat perubahan.


         Walaupun begitu, terdapat beberapa kemahiran penting kaunselor mesti dapat lakukan supaya perbincangan kaunselor - klien berhasil. Kemahiran-kemahiran yang dimaksudkan adalah seperti memerhatikan tingkah laku bukan lisan, menggunakan sifat mengambil berat (attending behaviours), soalan terbuka, “mendengar” perkataan yang tidak disebut dan peringkasan. Kemahiran ini akan dibincangkan dalam bahagian seterusnya.


         Persediaan awal adalah penting sebelum kaunselor bertemu dengan kliennya. Persediaan awal ini akan membantu kaunselor menjalankan sesi yang lancar.

1. Persekitaran Perjumpaan
       Satu daripada perkara yang harus difikirkan ialah tempat pertemuan. Satu kajian yang pernah dibuat tentang saiz bilik, melaporkan saiz bilik boleh mempengaruhi proses kaunseling. Misalnya, bilik yang kecil pengurangkan klien membuat kenyataan-kenyataan positif yang merujuk kepada dirinya. Kaunselor hendaklah menyedari bahawa perjumpaan klien dengan kaunselor boleh menimbulkan perasaan tegang dan takut. Klien seharusnya disediakan satu suasana yang memberi rasa selamat dan selesa. Perbincangan antara mereka sepatutnya tidak kedengaran oleh orang lain yang lalu lalang di situ. Biasanya, kaunselor menyediakan tempat yang sederhana, ceria, tiada sekatan tempat duduk antara kaunselor dan klien, seperti meja atau

lain-lain. Harus diingat juga barang-barang perhiasan yang terlalu banyak dalam bilik boleh mengalihkan penumpuan klien terhadap kaunselornya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...