Post kali ini ialah tentang kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir individu boleh diajar, diasuh dan dipertingkatkan melalui latihan dan amalan yang dibantu dengan alat berfikir. Semua orang boleh berfikir, tetapi ada yang boleh berfikir dengan lebih baik lagi berbanding dengan yang lain. Bagaimana untuk berfikir dengan lebih baik?
Alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda kita dengan lebih sistematik dan berkesan. Topik ini menerangkan dan menunjukkan beberapa jenis alat berfikir yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh juga dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Perbincangan tentang alat ini dimulakan dengan alat peta minda dan diikuti pula dengan pengurusan grafik, alat CoRT 1 dan akhir sekali soalan dan penyoalan. Berikut adalah jenis-jenis alat berfikir.
No comments:
Post a Comment