Topik kali ini ialah berkaitan motivasi pelajar untuk belajar. Ia disentuh secara umum sahaja dan tidak membicarakan tentang teori-teori motivasi. Di samping mengajar, kita juga perlu memberikan motivasi kepada pelajar sama ada mereka pandai atau pun tidak. Sebagaimana yang kita ketahui, tujuan utama
anda menyampaikan pengajaran di dalam kelas ialah supaya objektif yang dicatatkan di dalam buku rekod adalah tercapai. Namun begitu objektif yang disasarkan kemungkinan tidak tercapai sekiranya pelajar tidak mempunyai motivasi dan semangat yang tinggi untuk memahami sesuatu pelajaran. Jadi untuk memotivasikan murid atau pelajar bukannya mudah.
Bagi anda yang terlatih dan berpengalaman seharusnya perlu sentiasa memotivasikan pelajar tidak kira mereka berada di kelas mana atau tingkatan berapa. Begitu juga bukan sahaja semasa hendak menduduki peperiksaan, barulah hendak memberi motivasi kerana cara itu sudah terlambat. Sebenarnya semenjak awal tahun lagi kita mesti memberi galakan dan motivasi secara sedikit demi sedikit. Antara cara-cara atau langkah-langkah yang patut diada atau sediakan bagi memotivasi dan membangkitkan pelajar belajar adalah:
1.
Memberi layanan yang sama rata dan adil kepada semua pelajar. Tumpuan pengajaran kepada pelajar yang lemah digalakkan.
2.
Sebelum memulakan pengajaran di dalam kelas guru sepatutnya memberi semangat dan selalu bertanya masalah yang dihadapi oleh pelajar.
3.
Mengadakan hubungan yang mesra di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Hubungan ini bukan sahaja perlu diwujudkan di dalam kelas tetapi juga di luar kelas.4.
Selalu bertanya masalah pelajar terutama yang lemah di dalam pelajaran.5.
Objektif pengajaran perlu dijelaskan kepada pelajar sebelum memulakanpengajaran.
6.
Seboleh-bolehnya anda jangan berputus asa sekiranya pengajaran yang disampaikan kurang difahami oleh pelajar. Sebaliknya usaha yangberterusan perlu diadakan dari semasa ke semasa.
7.
Semasa mengajar, anda perlu menyediakan bahan pengajaran yang sesuai dengan kebolehan dan kemampuan pelajar. Ramai pelajar yang gagal dalam mata pelajaran kerana mereka sukar memahami tajuk-tajuk yang berkaitan akibatnya mereka gagal. Ada juga pelajar yang ponteng kelas kerana tidak berminat mata pelajaran tertentu.
8.
Setelah anda mengenal pasti latar belakang pelajar maka mereka boleh menaruh dan memberi keyakinan yang tinggi terhadap pelajar. Oleh itu memberi perangsang dan semangat adalah menjadi kunci kejayaan pelajar.
9.
Menggalakkan pelajar banyak berusaha sendiri dan membuat kerja-kerja yang berbentuk berkumpulan.
10.
Menggalakkan pelajar membuat ulang kaji sendiri dan melatih membuat soalan-soalan peperiksaan yang lepas. Oleh sebab sistem pendidikan kita masih berorientasikan peperiksaan maka membuat latihan dan soalan-soalan yang difikirkan penting adalah digalakkan.
No comments:
Post a Comment