Terima Kasih Kerana Sudi Melihat Blog ini. Sila Klik Gambar di atas..

Thursday, 21 June 2012

.:: MUDAH DARAB ::.

Assalamualaikum...
Kali ini saya nak POST tentang BIJAK SIFIR dan MUDAH SIFIR. Ia sangat mudah untuk diingat terutamanya bagi murid2 kita yang berada pada aras SEDERHANA dan RENDAH
Mudah bagi sifir 5 dan sifir 6. Senang kan?...
 Ini pula bagi sifir 8 dan 9. Mudah kan?
Jadi mari kita kongsikan idea ini untuk kita permudahkan Pengajaran Matematik di kelas terutamanya kepada murid yang berada pada ARAS SEDERHANA dan LEMAH. Sekian untuk kali ini. Selamat Mengajar Cikgu....

Monday, 18 June 2012

KENAPA PERLU BELAJAR?

Topik kali ini ialah berkaitan motivasi pelajar untuk belajar. Ia disentuh secara umum sahaja dan tidak membicarakan tentang teori-teori motivasi. Di samping mengajar, kita juga perlu memberikan motivasi kepada pelajar sama ada mereka pandai atau pun tidak. Sebagaimana yang kita ketahui, tujuan utama
anda menyampaikan pengajaran di dalam kelas ialah supaya objektif yang dicatatkan di dalam buku rekod adalah tercapai. Namun begitu objektif yang disasarkan kemungkinan tidak tercapai sekiranya pelajar tidak mempunyai motivasi dan semangat yang tinggi untuk memahami sesuatu pelajaran. Jadi untuk memotivasikan murid atau pelajar bukannya mudah.

Bagi anda yang terlatih dan berpengalaman seharusnya perlu sentiasa memotivasikan pelajar tidak kira mereka berada di kelas mana atau tingkatan berapa. Begitu juga bukan sahaja semasa hendak menduduki peperiksaan, barulah hendak memberi motivasi kerana cara itu sudah terlambat. Sebenarnya semenjak awal tahun lagi kita mesti memberi galakan dan motivasi secara sedikit demi sedikit. Antara cara-cara atau langkah-langkah yang patut diada atau sediakan bagi memotivasi dan membangkitkan pelajar belajar adalah:
1.
Memberi layanan yang sama rata dan adil kepada semua pelajar. Tumpuan pengajaran kepada pelajar yang lemah digalakkan.

Thursday, 14 June 2012

Sejarah dan Asal Usul Teknologi


Teknologi mempunyai pelbagai makna. Makna teknologi yang biasa kita dengar ialah mesin atau lain-lain produk yang terhasil daripada ilmu sains moden. Mesin atau alat-alat ini diperlukan
oleh manusia untuk memastikan kehidupan yang selesa dan bahagia. Bagaimanapun, tafsiran seperti ini dianggap amat sempit. Ia merupakan satu generalisasi jika teknologi ditafsirkan sama seperti mesin atau peralatan semata-mata. Ini kerana maksud teknologi merangkumi lebih daripada perkara-perkara tersebut.


Jadi apakah makna teknologi yang lebih wajar bagi manusia? Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, techne yang bermakna kemahiran. Berdasarkan erti asal perkataan Yunani ini, maka wajarlah jika Galbraith (1967) mendefinisikan teknologi sebagai:


...the systematic application of scientific knowledge and other organized knowledge to practical tasks.

Ertinya, kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik mahupun tidak) secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Marilah kita teliti istilah ini dengan lebih lanjut. Pengetahuan saintifik ialah sebarang himpunan pengetahuan atau ilmu yang telah teruji dan dapat dinyatakan dalam bentuk satu set prinsip-prinsip am. Misalnya, air yang dimasak hingga menggelegak didapati dapat membunuh kebanyakan kuman yang memudaratkan kesihatan manusia. Satu lagi contoh ialah pembelajaran perlu dimulakan daripada pengalaman konkrit kepada abstrak. Andainya kita laksanakan prinsip ini, bermakna kita telah menggunakan pengetahuan saintifik.

Monday, 11 June 2012

ALAT BERFIKIR

Post kali ini ialah tentang kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir individu boleh diajar, diasuh dan dipertingkatkan melalui latihan dan amalan yang dibantu dengan alat berfikir. Semua orang boleh berfikir, tetapi ada yang boleh berfikir dengan lebih baik lagi berbanding dengan yang lain. Bagaimana untuk berfikir dengan lebih baik?

Alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda kita dengan lebih sistematik dan berkesan. Topik ini menerangkan dan menunjukkan beberapa jenis alat berfikir yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh juga dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Perbincangan tentang alat ini dimulakan dengan alat peta minda dan diikuti pula dengan pengurusan grafik, alat CoRT 1 dan akhir sekali soalan dan penyoalan. Berikut adalah jenis-jenis alat berfikir.

Sunday, 10 June 2012

Asas Kaunseling


             Dalam post kali ini akan dijelaskan senario yang berlaku dalam proses kaunseling, untuk memudahkan kaunselor mendapat gambaran bagaimana memulakan kaunseling, menyediakan persekitaran serta menyatakan kemahiran asas yang mesti dikuasai pada peringkat awal kaunseling. Sebelum memulakan kaunseling, kaunselor hendaklah membuat persediaan awal tentang prosedur menyediakan tempat yang sesuai, prosedur pengambilan klien (pelajar yang bermasalah) dan memberi jaminan dan keyakinan kepada klien bahawa apa yang dipercakapkan dalam sesi kaunseling nanti akan dirahsiakan. Seterusnya, akan dinyatakan kemahiran-kemahiran yang spesifik yang menjadi asas dalam semua pendekatan kaunseling untuk menghasilkan kesan teraputik. Tiap-tiap kemahiran ini akan didefinisikan, diberi penerangan bagaimana dan bila hendak digunakan dan membuat penaksiran sejauh mana impaknya terhadap klien.

             Kaunselor membentuk kemahiran kaunseling melalui pembelajaran dan amalan. Proses pembelajaran tertumpu kepada pembelajaran yang bersifat kognitif, di mana kaunselor membaca buku-buku, mendengar kuliah, menghadiri seminar-seminar, berbincang dengan orang-orang yang berminat dengan bidang yang berkaitan dengan kaunseling dan psikologi. Kaunselor harus mengambil peluang melihat demonstrasi bagaimana pendekatan-pendekatan tertentu dalam kaunseling dilaksanakan. Kini terdapat pita-pita audio dan video yang dibuat khusus untuk melatih kaunselor.

Tuesday, 5 June 2012

PENCERAPAN didalam Bilik Darjah

Di dalam bahasa Inggeris, pencerapan diistilahkan sebagai supervision. Kali ini saya nak cerita tentang topik ini sebab ini adalah bidang saya didalam ijazah pendidikan. Pencerapan juga sering dirujuk sebagai penyeliaan.Terdapat pelbagai definisi pencerapan yang diberikan sarjana pendidikan. Glickman (1990) mendefinisikan pencerapan sebagai fungsi sekolah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran melalui bantuan langsung kepada para guru, pengembangan kurikulum, perkembangan staf, pengembangan tugasan secara berkumpulan dan menerusi kajian tindakan guru. Menurut Glickman (1990, hal. 4) lagi, pencerapan ialah:

   We think supervision as a glue of successful school…(it is) the function in schools that draws together the discreets elements of instructional effectiveness into whole school action.

Sunday, 3 June 2012

Cikgu?... Saya dah boleh....

Sekarang saya dah boleh buat cikgu?

  75 370
- 68 363  
________


Saya ingat cikgu cakap?

1
selesaikan dari tempat SA

2
0 tolak dengan 3 tak boleh.
Sebab 0 lebih kecil. Jadi mintak 1 dari 
rumah PULUH. Jadi 10
10 - 3 = ?
keluarkan jari 10, tutup 3. tinggal 7
Tulis 7

Friday, 1 June 2012

..:Mudah Menolak:..

Assalamualaikum...
Post kali ini Cikgu Zailani nak kongsi pengalaman menghadapi situasi
seperti dibawah ni...

Masalah terjadi apabila murid tidak dapat menyelesaikan masalah TOLAK dengan tepat dan betul. Menolak nombor dengan mengumpul semula baki. Nombor kecil tidak boleh ditolak dengan nombor lebih besar. Bagi soalan nombor 20 diatas ialah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...