Thursday 21 June 2012
.:: MUDAH DARAB ::.
Monday 18 June 2012
KENAPA PERLU BELAJAR?
Thursday 14 June 2012
Sejarah dan Asal Usul Teknologi
Teknologi mempunyai pelbagai makna. Makna teknologi yang biasa kita dengar ialah mesin atau lain-lain produk yang terhasil daripada ilmu sains moden. Mesin atau alat-alat ini diperlukan
oleh manusia untuk memastikan kehidupan yang selesa dan bahagia. Bagaimanapun, tafsiran seperti ini dianggap amat sempit. Ia merupakan satu generalisasi jika teknologi ditafsirkan sama seperti mesin atau peralatan semata-mata. Ini kerana maksud teknologi merangkumi lebih daripada perkara-perkara tersebut.
Jadi apakah makna teknologi yang lebih wajar bagi manusia? Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, techne yang bermakna kemahiran. Berdasarkan erti asal perkataan Yunani ini, maka wajarlah jika Galbraith (1967) mendefinisikan teknologi sebagai:
...the systematic application of scientific knowledge and other organized knowledge to practical tasks.
Ertinya, kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik mahupun tidak) secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Marilah kita teliti istilah ini dengan lebih lanjut. Pengetahuan saintifik ialah sebarang himpunan pengetahuan atau ilmu yang telah teruji dan dapat dinyatakan dalam bentuk satu set prinsip-prinsip am. Misalnya, air yang dimasak hingga menggelegak didapati dapat membunuh kebanyakan kuman yang memudaratkan kesihatan manusia. Satu lagi contoh ialah pembelajaran perlu dimulakan daripada pengalaman konkrit kepada abstrak. Andainya kita laksanakan prinsip ini, bermakna kita telah menggunakan pengetahuan saintifik.
Monday 11 June 2012
ALAT BERFIKIR
Sunday 10 June 2012
Asas Kaunseling
Dalam post kali ini akan dijelaskan senario yang berlaku dalam proses kaunseling, untuk memudahkan kaunselor mendapat gambaran bagaimana memulakan kaunseling, menyediakan persekitaran serta menyatakan kemahiran asas yang mesti dikuasai pada peringkat awal kaunseling. Sebelum memulakan kaunseling, kaunselor hendaklah membuat persediaan awal tentang prosedur menyediakan tempat yang sesuai, prosedur pengambilan klien (pelajar yang bermasalah) dan memberi jaminan dan keyakinan kepada klien bahawa apa yang dipercakapkan dalam sesi kaunseling nanti akan dirahsiakan. Seterusnya, akan dinyatakan kemahiran-kemahiran yang spesifik yang menjadi asas dalam semua pendekatan kaunseling untuk menghasilkan kesan teraputik. Tiap-tiap kemahiran ini akan didefinisikan, diberi penerangan bagaimana dan bila hendak digunakan dan membuat penaksiran sejauh mana impaknya terhadap klien.
Kaunselor membentuk kemahiran kaunseling melalui pembelajaran dan amalan. Proses pembelajaran tertumpu kepada pembelajaran yang bersifat kognitif, di mana kaunselor membaca buku-buku, mendengar kuliah, menghadiri seminar-seminar, berbincang dengan orang-orang yang berminat dengan bidang yang berkaitan dengan kaunseling dan psikologi. Kaunselor harus mengambil peluang melihat demonstrasi bagaimana pendekatan-pendekatan tertentu dalam kaunseling dilaksanakan. Kini terdapat pita-pita audio dan video yang dibuat khusus untuk melatih kaunselor.
Tuesday 5 June 2012
PENCERAPAN didalam Bilik Darjah
Sunday 3 June 2012
Cikgu?... Saya dah boleh....
Friday 1 June 2012
..:Mudah Menolak:..
seperti dibawah ni...